Rabu, 30 Desember 2009

PERLU AZAM BARU KE?




Perlu Ke Nak Kena Ada Azam Baru Setiap Kali Masuk Tahun Baru???

Aku rasa rata-rata yang semangat buat azam baru, hanya akan semangat
semasa bulan pertama. masuk bulan kedua, ketiga dah lupa dan terleka. duk sibuk kejar perkara lain pulak. pada aku nak berazam bukanlah hanya pada setiap kali nak masuk new year. tak kiralah dalam kalendar bulan masihi, Islam, cina, india, jawa dan macam2 kalendar lah lagi.
kalau kita fikir perlu buat azam baru stiap kali new year, bermakna anda telah memaksa diri anda dan keazaman itu biasanya akan menjadi hangat-hangat taik ayam. perasaan untuk berubah menjadi yang lebih baik akan datang dari hati yang tulus. itu bermakna Allah telah memberi sedikit ruang terhadap petunjuknya kepada hambaNya yang sentiasa mencari.

dalam aspek lain, aku anggap cool jugak buat azam baru. berangan la lebih kurang...manalah tau, duk kita tengah pasang azam tu, masa tu lah masa Allah memakbulkan kata-kata dan niat kita..aku berharap semua perkara baik yang kita doa dan mahukan dimakbul tuhan.. Amin..

kita beruntung new year kali ni jatuh pada hari minggu dan semua orang boleh cuti 3 hari. macam-macam perkara manusia nak buat dalam weekend ni. dan yang penting bagi orang macam aku yang kena pg kelas, semua akan mula dalam minggu depan dan semua perkara perlu dibuat dalam weekend ni. tak kurang jugak yang g holiday, kenduri etc..

huhuhu!!!! bestnya kalau dapat g port dickson hujung minggu ni..duk lepak tepi laut, hirup udara yang best dan tengok pemandangan yang tenang sebelum aku mengadap segala macam serabut start minggu depan..sebab dah lama aku tak relax camtu. bukan aku nak lama-lama pun. sehari dua jadi la..sejak degree, aku jadi makin stress dan untuk aku kembali fresh nak mengadap setahun ni, aku perlu centrekan balik otak aku ni.
tapi apa nak buat...memang dah ditakdirkan aku tak boleh nak g PD hujung minggu new year ni...sedeyhnye... : {
by da way, aku tumpang gembira kepada mereka2 yang bersuka-ria dan bercuti-cuti Malaysia kat PD tu..maybe next time aku pergi...JAGA DIRI..bulan tengkujuh ni. bahaya...

p/s : kad di bawah ni kira kad ucapan kepada mereka yang akan bercuti. have a good weekend..

        aku hanya mampu berangan bercuti sambil tutup mata macam gambar ni, mengadap kipas angin dan menganggap angin tu adalah bayu laut yang menyapa lembut tubuhku.hahaha. (berangan tak payah bayar kan....)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar