Rabu, 16 September 2009

NOMBOR DAH BANYAK...


hari ni, genaplah 22 tahun, 2 hari aku diberi tugasan di dunia ini sebagai khalifah. tapi, sebanyak mana tanggungjawab yang dah aku jalankan sebagai khalifah? ntah, aku pun tak dapat nak jawab soalan 2. sikit atau banyak, hanya Allah yg Maha Mengetahuinya.

aku tak tahu sama ada aku perlu gembira ke sedih pada ulang tahun kelahiranku tahun ini atau tak ada perasaan langsung. ha..itulah yg sebenarnya. sebab bile umur kita bertambah, semakin dekatlah kita dengan kematian. kalau cukup amal takpelah jugak kan...aku ingat lagi zaman aku sekolah, ada ustaz tu bagi ceramah kat surau, bunyinya lebih kurang camnilah..

"kenapa kita nak sambut birthday dengan buat party semua tu, sedangkan kamu tahu tak, apabila setiap kali hari jadi kita itu, bermakna kita semakin hampir dengan mati. maksudnya kamu berparty untuk sambut kematian kamu. tak salah nak menyambut, tapi kita cuba dapatkan keberkatan melaluinya. kamu boleh buat doa selamat ke atau perkara yang seumpama dengannya".

ceramah ustaz tu betul2 memberi kesan kat aku hingga kini. yela, kalau tak sebelum ni aku berangan-angan la konon nak sambut birthday yang gempak gila cam artis hollywood.haha. sejak tu, aku tak kisah sangat kalau orang tak ingat birthday aku atau tak ada hadiah ke. kalau dah ada orang bagi, ambik jela.

malam 14hb, aku makan ngn junior2 n tasya. budak2 tu nak belanja aku ngan tasya makan. pastu diorang keluarkan kek. aku marah lah.wat pe membazir belikan kek. rupenya tasya belikan kek. TERIMA KASIH YE TASYA...

Pastu balik rumah, aku dah nampak muffin yg dah siap bercucuk lilin kt dapur.aku ingat nak kantoikan je ckap, ni utk aku ea..haha.boleh lak nak perasan diri. tapi sebab tak tahan masuk toilet, aku masuk la dulu. aku dah agak dorg tgu dpn pintu toilet siap suruh keluar cepat. aku dah tak rasa surprise pun sbb aku dah tau. bila aku bukak pintu, tgk dorg dah pegang muffin siap nyala lilin, aku terus masuk toilet balik, tutup pintu walaupun diorang cuba tolak. jahatkan aku?pastu tak nak lama aku duk dalam toilet walau dah berkali-kali diorang panggil. aku tak tau kenapa tah aku wat camtu. mungkin aku teringat cakap ustaz aku tu. diorang semua kecik hati ngan aku. memang tak patut aku buat macam tu. diorang bukan tahu perasaan aku, apa yg aku fikir. aku minta maaf kat diorang. pastu diorang tak nak layan, cakap dah kecik hati ngan aku. aku cakap aku pun kecik hati ngan diorang, aku blah g nangis. pastu aku tiup jugak lilin tu..MINTA MAAF KAWAN-KAWAN..

TERIMA KASIH pada semua...
  1. syukur, terima kasih kepada Allah kerana menjadikan dan mengizinkan aku melihat dunia ini dan aku boleh bernafas sehingga kini
  2. kepada umi,abah yang berusaha membuat, melahirkan, menjaga, membela, membesarkan, menyekolahkan dan segala macam 'me' tanpa jemu.
  3. kepada kawan-kawan, tasya,bie,lilin,esya,as,nadia terima kasih jadi peneman suka duka..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar