Sabtu, 26 September 2009

ARRGGHHHH!!!!!

cuti dah nak habis. bermaksud semakin melambaklah keje lepas nie... bukan keje sahaja, malah berganda lagi dengan pelbagai exam. bukan mid term, tapi final dah nie lepas bukak raya. aduyai...
start isnin je dah nak kene ngadap 3 kelas, sampai malam. aku rasa macam hampir beku otak aku nie ngn segala makanan raya selama seminggu. aku cuba cari peluang nak buat keje yang konon aku bawak balik. jawapannya, haram... last minit la jawabnya. bak kata kawan2 aku, amalina yang dapat 17A tu blaja daripada aku. sebab tu dia boleh dapat cemerlang. hahahahah. siot sungguh statement tu.
takpe, aku try sehabis baik walaupun semester nie, memang kurang feel sungguh dalam belajar. tah kenapa aku pun tak tahu. bukan aku sahaja yang ada prasaan macam tu, malah kawan2 yang lain turut akui. dah 2 kali aku melalui semester kedua semasa belajar. masa diploma ngn degree. agaknya masa sem 2, akan rasa kurang semangat, result pun nanti ala-ala je. masuk part 3 baru terhegeh-hegeh nak naik balik. cit podah!!!
aku nak balik pun tak ada feel sebab tak sampai hati nak tengok umi abah yang tak ada rehat langsung sejak puasa hari tu. aku doakan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kedua orang tuaku.. amin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar