DI PERKAMPUNGAN PORTUGIS
MAKAM HANG TUAH
SUSUNAN PEMBESAR2 DALAM ISTANA MELAKA
TEMPAT PERTAMA KITORANG LAWAT
TEMPAT PERTAMA KITORANG LAWAT
wuhhh....
betol2 penat berjalan keliling melaka sepanjang hari selama 2 hari. last saturday n sunday, we went to melaka for our class trip, for subject Great Literature under Dr. Mahadi. tujuan kitorang ke melaka adalah untuk mengkaji sejarah melayu daripada sebelum kewujudan melaka, zaman kegemilangan kerajaan melaka sehinggalah melayu pada masa kini.
aku nak kongsi sket dengan sume pengalaman aku masa ke perkampungan Portugis.
kami semua begitu semangat dan teruja nak ke sana, n nak sangat tengok show tarian Portugis. tapi sayang, rupe2nye persembahan diorang setiap sabtu petang...tapi kitorang datang tengah hari ahad. so, juz datang tengok2 jela..kt situ ada satu macam mini muzium. kami terus je masuk ramai2. ada sorang pak cik ato boleh dipanggil atok gak kot yang ada dalam muzium tu. die kira orang yang bertanggungjawab untuk jaga muzium n antara orang tertinggi JKKK kampung tersebut. if tak silap name die George camtu la...die betol2 terperanjat dengan kedatangan kitorang yang ramai-ramai tanpa dia dapat sebarang surat sebelum kami datang. hm..die cam nak marah tapi die ok jer bile kitorang ni cakap nak kaji sejarah. huhu.
die telah bagi satu syarahan free pada kitorang pasal sejarah n tentang masyarakat Portugis yang ada di situ. masyarakat ini telah diberi taraf bumiputera di Malaysia. die sangat berbangga menjadi keturunan Portugis dan cara die bercakap, bercerita seperti walaupun die dah hidup lama kat tanah melayu ni, sejak tahun 1930an lagi hati, semangatnya tak pernah padam dengan semangat Portugisnya. kirenye, SAYA BANGGA MENJADI ORANG PORTUGIS.
Lepas balik dari perkampungan itu, aku berfikir, kenapa die sangat mengagung-agungkan Portugisnya sedangkan die dah bertahun kat sini dan secara tidak sedar mereka telah mendapat banyak keistimewaan daripada kerajaan, mean kerajaan tidak menyisihkan mereka walaupun jika dilihat semula pada sejarahnya, orang Portugis telah datang ke Tanah Melayu adalah untuk menjajah!! aku betol-betol tak faham..adakah mungkin jumlah mereka yang sedikit di sini dan kumpulan masyarakatnya yang ada kena mengena dengan sejarah n konon-konon unik, diorang diangkat? tapi wajarkah diorang masih ada perasaan seperti yang aku bold kan kat atas tu?
hm... tapi kalau dari satu sudut yang lain plak, ada baiknya. diorang ni la boleh dijadikan contoh kepada orang2 Melayu atau Malaysia sama ada yang duduk di negara ini atau dah lame duduk di luar. kita dah tengok ramai yang hilang jati diri walaupun duduk kat Malaysia. kalau yang dah lame duduk kat luar tu tak payah cerita lagi la kan..
ia juga berkait dengan amanat HANG TUAH iaitu TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. aku tak rasa yang ada laksamana di Portugis pada suatu ketika dahulu yang lafazkan, TAKKAN PORTUGIS HILANG DI DUNIA. tapi diorang tetap dengan semangat Portugis berbanding orang Melayu sekarang yang lebih suke, tak nak n malu nak mengaku Melayu. kalau lah aku tahu perkara macam ni akan berlaku pada zaman sekarang, dan aku hidup pada zaman Hang Tuah, aku akan nasihatkan member aku tu, iaitu HAng Tuah.." Tak perlulah kanda melafazkan kata-kata itu kerana anak cucumu kelak tidak mengendahkan kata-katamu itu... " cis! aku dah sedih la plak ni..coz bile kita dah kaji sejarah dan tau cerita sebenar dengan lebih detail, mesti kita akan berasa sangat bersyukur kita wujud pada zaman sekarang dan betapa susahnya hidup atok nenek kita pada masa dulu..
FIKIRKANLAH...
anyway, kami semua memang enjoy kat sane walaupun berhujan,berpanas...yang paling penting kami dapat ilmu yang takkan dapat dalam kelas ataupun dalam buku..memang eksklusif akan dapat bile g lawatan camni...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar